Daily Mail: Mossad peneraju dunia dalam aksi keganasan

Surat khabar Daily Mail Britain dalam laporannya menuliskan bahawa agensi perisikan Israel (Mossad) telah menjadi peneraju dunia dalam melaksanakan tindakan keganasan.

Rejim Zionis Israel telah melakukan kira-kira 800 operasi keganasan sepanjang sedekad yang lalu, dan jumlah kematian belum dikenal pasti, tetapi jumlahnya mencapai ribuan.

Menurut laporan Daily Mail, angka-angka itu sungguh luar biasa. Mossad bukan sahaja membunuh lebih ramai orang daripada mana-mana agensi negera lain sejak Perang Dunia II, tetapi kelajuannya meningkat dengan cepat dengan melakukan kira-kira 800 operasi dalam sedekad yang lalu.

Pada 10 Januari 1978, seorang ejen Mossad membunuh seorang pejuang Palestin dengan menggantikan ubat giginya dengan racun mematikan yang dibangunkan di sebuah makmal rahsia berhampiran Tel Aviv.

Mossad mempunyai rekod panjang dalam mengganas dan menyokong kumpulan pengganas.

– Media Adil