Colombia iktiraf Palestin

Kerajaan Colombia secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat, sekali gus menjadi tamparan diplomatik baharu kepada Israel.

Menerusi surat daripada Kementerian Luar yang dikeluarkan, semalam kerajaan bekas presiden, Juan Manuel Santos telah membuat pengiktirafan itu pada 3 Ogos lalu, beberapa hari sebelum penggantinya, Ivan Duque mengambil alih kuasa.

“Kami mahu memaklumkan. Presiden Juan Manuel Santos telah mengiktiraf Palestin sebagai negara bebas, merdeka dan berdaulat,” jelas kandungan surat dihantar kepada Menteri Luar, Riyad al-Maliki itu.

Ia juga menyatakan, penduduk Palestin mempunyai hak untuk membentuk negara merdeka.

Susulan itu, pentadbiran Duque memberitahu ia akan mengkaji keputusan Santos terhadap Palestin, namun mengakui ia adalah sah di sisi undang-undang.      

Sementara itu, Kedutaan Palestin di Bogota menyambut baik keputusan Bogota tersebut dan berjanji akan mewujudkan syarat yang perlu dalam mencari keamanan di Timur Tengah.

– Press TV