China rasa AS ‘bodoh’

Presiden Donald Trump menuduh China merasakan warga Amerika ‘bodoh’, semalam dan berjanji beliau bersedia untuk mengenakan lebih banyak ‘kesakitan ekonomi’ terhadap kuasa Asia itu.

“Sudah lama mereka selesa, jujurnya, saya merasakan mereka berpendapat warga Amerika bodoh. Warga Amerika tidak bodoh,” kata Presiden bilionaire itu.

“Tarik AS$250 bilion (RM1.03 trilion) terhadap produk China mempunyai kesan besar. Ekonomi mereka banyak susut. Saya masih mempunyai banyak lagi pilihan untuk meneruskannya.

“Saya tidak mahu melakukannya, namun mereka sudah datang berunding,” katanya.

Trump menekan China supaya memperbaiki suasana perdagangan untuk produk AS dan menamatkan pencurian harta intelek, menurut perniagaan Amerika.

China bertindak balas dengan mengenakan tarif balas. Trump menuduh ia adalah campur tangan politik dengan menyasarkan produk di beberapa negeri penting dalam pilihan raya Kongres, bulan depan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memetik perang dagangan, ketika menurunkan unjuran pertumbuhan 2019 untuk China iaitu terendah sejak 1990.

Ia turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi AS dan ekonomi global keseluruhannya.

– Harian Metro