China kenakan tarif sebagai tindak balas terhadap AS

China telah mengenakan tarif baru sehingga 25 peratus ke atas 128 produk AS seperti daging babi beku, wain, dan buah-buahan tertentu sebagai tindak balas tariff aluminium dan keluli yang dilakukan Washington.

Senarai tarif dikeluarkan pada Ahad oleh Kementerian Kewangan China yang mengatakan bahawa ia akan mulai mengenakan tariff $ 3 bilion barangan import AS pada Isnin.

Pengumuman itu datang hanya satu hari selepas Menteri Luar China, Wang Yi memberi amaran bahawa Amerika Syarikat sendiri akan menderita dari dasar-dasar yang diambil atas hubungan perdagangan dengan China.

Kenyataan itu datang berikutan langkah baru yang diambil oleh Presiden AS, Donald Trump untuk mengenakan tarif sehingga $ 60 bilion pada beberapa barangan import China. Langkah itu mendorong Beijing bertindak balas dengan $ 3 bilion ke atas barangan import AS.

Sejak pengumuman Trump mengenai tarif itu, Beijing telah beberapa kali memberi amaran bahawa perang perdagangan tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa tetapi juga mengatakan bahawa China bersedia mengambil tindakan ke atas Amerika jika ia meneruskan dasar perdagangan yang agresif.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: