China bantah patuhi sekatan AS terhadap Iran

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Lu Kang berkata Beijing tidak mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan tindakan keras Amerika Syarikat (AS) terhadap industri minyak Iran.

Lu Kang memberitahu sidang akhbar di Beijing pada Selasa (3 Julai) bahawa China sentiasa menentang sekatan unilateral terhadap Iran, terutama dalam sektor minyak dan tidak akan bekerjasama dengan tindakan itu, lapor Press TV.

“China dan Iran adalah negara yang mesra. Kami akan mengekalkan urusniaga dan kerjasama normal dengan Tehran dalam rangka memenuhi kewajipan masing-masing di bawah undang-undang antarabangsa,” katanya.

Kerajaan China membantah sekatan AS terhadap Iran dan juga menegaskan sokongannya terhadap pakatan nuklear yang berterusan.

Minggu lepas, AS menggesa sekutu di seluruh dunia untuk mengurangkan import mentah mereka dari Iran ke sifar sebagai sebahagian daripada sekatan baru Washington terhadap Tehran.

sumber – MediaAdil