Menteri British mengakui bahawa, terdapat anggota tenteranya telah menyediakan sokongan teknikal untuk jet pejuang yang dibekalkan kepada tentera gabungan Saudi yang digunakan dalam pengeboman terhadap orang awam di Yaman.

Menteri Angkatan Bersenjata British, Mark Lancaster memberitahu parlimen pada hari Isnin (18/03) bahawa Tentera Udara Diraja British memberikan “sokongan teknikal dan latihan” kepada tentera gabungan Saudi dalam perangnya dengan Yaman.

Dalam jawapan pertanyaan ahli parlimen pembangkang Lloyd Russell-Moyle, mengenai anggota tentera mambantu BAE Systems, sebuah syarikat senjata utama British di Arab Saudi.

“Anggota Tentera Udara Diraja British yang ditugaskan untuk BAE Systems di Arab Saudi telah memberi bantuan teknikal secara rutin untuk pesawat yang dibekalkan British yang dikendalikan oleh Royal Saudi Air Force (RSAF), termasuk pesawat yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Yaman,” kata Mark Lancaster.

Jawapan itu datang ketika Russell-Moyle ahli pembangkang Parti Buruh, mendakwa bahawa sokongan British terhadap tentera gabungan Saudi telah membenarkan kerajaan untuk mempertahankan perang udara yang menhancurkan Yaman.

Pengakuan untuk memberikan sokongan ketenteraan langsung kepada tentera gabungan Saudi itu terungkap semasa perang terhadap Yaman datang, walaupun kenyataan terdahulu oleh pegawai kerajaan British menafikan London mempunyai peranannya dalam Perang Yaman.

Puluhan ribu rakyat Yaman mati akibat perang yang tidak seimbang itu. Perang itu dilancarkan oleh tenterang gabungan yang diketuai Arab Saudi terhadap negara termiskin di Semenanjung Arab.