Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS), semalam memaklumkan kumpulan terdiri daripada hampir 200 ahli Demokrat di Kongres berhak menyaman Presiden Donald Trump untuk membuktikan beliau melanggar ketetapan dalam Perlembagaan yang melarang penerimaan bayaran asing.

Menurut Hakim Emmet Sullivan, jutawan hartanah terbabit telah melanggar klausa ’emolumen’ yang melarang pemegang jabatan persekutuan menerima hadiah atau faedah lain dari kerajaan asing tanpa ‘persetujuan’ Kongres.

Difahamkan, peruntukan Perlembagaan berhubung isu tersebut adalah untuk mencegah amalan rasuah dan pengaruh asing.

Jelasnya, peruntukan tersebut memberikan setiap ahli Senat dan Dewan Perwakilan hak untuk mengundi sebelum presiden menerima emolumen asing yang dilarang.

Tuntuan undang-undang yang difailkan oleh 198 ahli Demokrat di kedua-dua dewan Kongres pada Jun 2017 itu adalah Perlembagaan ketiga yang mencabar kepentingan perniagaan Trump. – Press TV