Boko Haram kelar 18, culik 10 wanita

N’DJAMENA: Lapan belas terbunuh dalam serangan disyaki dilancarkan militan Boko Haram di wilayah Lake Chad, kata sumber tentera Chad hari ini.

“Militan Boko Haram menyerang kampung di selatan Daboua, tidak jauh dari sempadan Chad dengan Niger, kira-kira jam 9.00 malam waktu tempatan Khamis lalu,” kata sumber.

Penyerang mengelar kerongkong 18 penduduk, mencederakan dua lagi dan menculik 10 wanita.

Militan Boko Haram menyerang wilayah itu sejak ia memberontak pada 2009 di Nigeria, mengorbankan 20,000 orang, dan lebih dua juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Serangan itu turut menyebabkan krisis kemanusiaan.

Chad, Cameroon dan Niger menyertai usaha ketenteraan diketuai Nigeria untuk menghapuskan Boko Haram.

Chan menyaksikan peningkatan serangan oleh kumpulan itu kebelakangan ini.

Mei lalu, enam maut termasuk empat pegawai kerajaan dan seorang anggota tentera dalam serangan Boko Haram ke atas pusat pemeriksaan tentera Chad di pulau Lake Chad.

sumber – BHOnline