Bob Woodward ungkap hubungan rahsia Israel, Arab Saudi

Wartawan penyiasatan yang merupakan wartawan senior Amerika Syarikat (AS), Bob Woodward dalam buku terbarunya, “Fear: Trump in the White House” menuliskan, Jared Kushner adalah orang yang mewujudkan hubungan rahsia rejim Zionis Israel dan Arab Saudi.

Bob Woodward dalam buku barunya yang menyediakan ulasan mendalam mengenai Donald Trump mengatakan, tak lama selepas Trump memasuki Rumah Putih pada awal 2017, Jared Kushner memulakan usahanya untuk menghubungkan Israel- Arab Saudi. Kushner adalah orang yang mencadangkan lawatan pertama ke Trump ke Arab Saudi dan Israel.

Menurut Woodward, hubungan yang digagas Kushner itu bertentangan dengan pendapat para penasihat senior dan berpengalaman kerajaan Rumah Putih.

Inisiatif pemulihan hubungan Arab Saudi dengan Israel merupakan salah satu keutamaan dasar luar negeri kerajaan berkuasa AS.

Di dalam rangka dasar ini, Washington mencari projek “Transaksi Abadi”.

Projek tersebut merupakan strategi asli AS berkaitan konflik Palestin-Israel yang selaras dengan tujuan Tel Aviv dan secara rasmi menetapkan penyerahan rasmi tanah Palestin ke Israel.

– MA