Putera Mahkota Arab Saudi semalam, dalam satu temu bual dengan Bloomberg bertindak balas terhadap penghinaan Amerika Syarikat (AS) terbaru dengan memuji beliau.

Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman berkata beliau gembira dapat bekerjasama dengan Presiden Amerika ini.

“Saya seronok bekerja dengan beliau. Kita harus menerima hakikat bahawa mana-mana sahabat akan mengeluarkan kata-kata yang baik atau buruk,” kata Putera Mohammed dalam wawancara bersama Bloomberg, semalam.

“Kami percaya semua peralatan dan senjata yang diterima dari AS sudah dibayar, ia bukan percuma. Jadi sejak hubungan antara kedua negara bermula, kami membeli semuanya dengan wang,” katanya.

Pada Selasa lalu, dalam ucapan di hadapan penyokongnya di Minnesota, Trump menghina Raja Saudi dan berkata Arab Saudi tidak dapat bertahan tanpa sokongan Amerika selama dua minggu lagi.

Pada Khamis (4 Okt) Trump juga berkata, Arab Saudi juga terpaksa membayar lebih banyak kos keselamatan kerana tentera AS telah melindungi negara itu.

Putera Mahkota Saudi menjelaskan, dengan meningkatkan pengeluaran minyaknya, Riyadh telah pun melaksanakan permintaan AS untuk mengurangkan eksport minyak Iran ke titik terendah.

– Media Adil