Manila memilih untuk membeli helikopter tempur Black Hawk berbanding Mi-171 buatan Rusia kerana bimbang dikenakan sekatan AS.

Pemerintah Filipina dilapor membatalkan pembelian helikopter tempur dari Rusia, sebaliknya lebih memilih membeli helikopter buatan Amerika Serikat (AS).

Filipina bertindak demikian bagi mengelak dikenakan sekatan oleh AS.

Pentadbiran Presiden Donald Trump sebelum ini memperkenalkan undang-undang sekatan dikenali sebagai Menangani Musuh Amerika Melalui Akta Sekatan (CAATSA).

Melalui CAATSA, AS berhak mengenakan sekatan ke atas mana-mana negara kerana berurusan dengan Rusia.

Menteri Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengumumkan Manila telah memutuskan untuk membeli 16 helikopter Black Hawk dari AS dengan nilai AS$240 juta (RM1.1 bilion), berbanding Mi-171 buatan Rusia.

Sebelum ini, Filipina dilaporkan mempunyai beberapa pilihan untuk membeli helikopter tempur.

Selain AS dan Rusia, Manila juga bercadang membeli helikopter Bell 412 dari Kanada. – Agensi