Bekas penasihat Trump komplot dengan Rusia

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Dokumen baharu yang dikeluarkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), semalam menunjukkan bekas penasihat kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bekerjasama dan berkomplot dengan Rusia sebelum Pilihan Raya 2016.

Menerusi dokumen setebal 412 muka surat itu, siasatan dilakukan FBI mendapati Carter Page atau Moscow merancang untuk melemahkan proses pemilihan itu yang menyaksikan kekalahan calon parti Demokrat, Hillary Clinton.

Ia juga mengandungi permohonan dan waran pembaharuan pada 2017 selepas Trump mengambil alih jawatan di Rumah Putih.

Page bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan masih belum dikenakan sebarang dakwaan jenayah.

Terdahulu, akhbar New York Times memaklumkan ia menerima salinan daripada Jabatan Kehakiman selepas ia bersama sebuah lagi agensi berita memfailkan tuntutan mahkamah.

sumber – Press TV