Banyak negara musuhi LGBT

Cuma 56 peratus daripada negara di dunia membenarkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkumpul tanpa ancaman penangkapan, atau gangguan, yang terus meminggirkan golongan itu daripada masyarakat, menurut laporan yang disiarkan hari ini.

Kumpulan hak LGBT, OutRight Action International menganalisi 194 negara dan mendapati cuma 109 membenarkan LGBT berdaftar secara sah.

Di 55 negara termasuk Russia dan Lubnan, pertubuhan gay wujud tetapi tidak dibenarkan mendaftar.

Sementara negara lain seperti Malaysia, kumpulan berkenaan diharamkan sama sekali.

“Ini adalah cara menghalang dan cubaan menyekat sebarang kemajuan atau desakan mahukan kesaksamaan yang mahu dilakukan LGBT,” kata timbalan pengarah eksekutif OutRight, Maria Sjödin.

Tinjauan mendapati bahawa di 30 negara, termasuk Afghanistan, Turkmenistan dan Somalia, mustahil untuk mendapati pertubuhan LGBT berdaftar secara rasmi.

Menafikan hak penduduk untuk berhimpun adalah ‘cara kerajaan membuatkan ia lebih sukar dengan harapan golongan itu berputus asa, kata

Kerajaan menjadikan agama dan moral sebagai alasan mengekang pertubuhan masyarakat sivil, menurut laporan, dengan kumpulan berkenaan diharamkan kerana bertentangan dengan kepentingan negara.

– Berita Harian