PRESIDEN Venezuela, Nicolas Maduro. - AGENSI

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba memotong aliran pendapatan rakan sejawatannya dari Venezuela, Nicolas Maduro.

Lapor BBC, perkara itu didedahkan oleh Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, John Bolton.

Tindakan itu cuba dilakukan sehari selepas Maduro memutuskan hubungan diplomatik dengan AS.

Maduro dikatakan berang selepas AS mengiktiraf ahli pembangkang, Juan Guaido sebagai Presiden sementara kelmarin.

Bolton memberitahu isu berkenaan adalah ‘rumit’ tetapi mereka sedang merangka pelan untuk menyalurkan dana kepada Guaido.