Kerajaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Presiden Donald Trump menghantar jemputan kepada pegawai dan usahawan Israel untuk menghadiri persidangan ekonomi yang dirancang untuk diadakan di Manama, Bahrain pada akhir bulan depan.

Televisyen Channel 2 Israel melaporkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat telah menghantar jemputan kepada beberapa pegawai dan usahawan Israel untuk mengadakan mesyuarat ekonomi di Bahrain yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat berharap mereka yang diundang akan menghadiri persidangan ekonomi tersebut.

Agensi Penyiaran Awam Israel (KAN) mengumumkan bahawa pentadbiran Donald Trump cuba mengumpulkan ratusan bilion dolar untuk menyokong ekonomi Palestin, terutama di Gaza, berdasarkan Rancangan Perjanjian Abad ini.

Kerajaan Amerika Syariakat dijangka mengumumkan rancangannya pada bulan Jun.

Dua hari lalu White House mengumumkan mesyuarat ekonomi sebagai pembukaan Rancangan Perjanjian Abad di Manama, Bahrain pada 25-26 Jun dengan tema “Peace for Welfare”.