AS bakal pindah kedutaan ke Baitulmaqdis 14 Mei

Setelah sekian lama berteka-teki, Amerika Syarikat (AS) secara rasmi bakal membuka kedutaan di Baitulmaqdis pada 14 Mei depan selepas Presiden AS iktiraf bandar suci Palestin tersebut sebagai ibu kota Israel.

Lebih sedih, upacara pemotongan reben sebagai tanda perasmian bangunan canseri diplomatik kuasa besar dunia itu jatuh sehari sebelum ulang tahun ke-70 rakyat Palestin diusir keluar dari tanah airnya sendiri oleh rejim Zionis.

Majlis penuh bersejarah itu berlangsung pada hari kononnya diisytihar kemerdekaan negara haram Yahudi tersebut atau disebut juga sebagai Yom Ha’atzmaut pada 14 Mei 1948 lalu, lapor akhbar Times of Israel.

Tarikh berkenaan turut dipersetujui Presiden AS, Donald Trump selepas ambil kira tarikh takwim Hebrew pada 5 Iyar 5708 jatuh 19 April ini, namun disambut lewat hampir sebulan kemudian.

Ironinya, tarikh itu berlangsung sehari sebelum Yawm an-Nakba atau Hari Bencana bagi rakyat Palestin kerana pada 15 Mei 1948, lebih 700,000 penduduk dihalau malahan kampung mereka dimusnahkan daripada peta dunia.

Tarikh perasmian kedutaan AS itu memang sengaja dipilih pihak rejim Israel kerana jatuh sehari sebelum umat Islam di seluruh dunia akan mula menunaikan puasa fardu bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Untuk rekod, Trump pada 6 Disember tahun lalu dengan angkuh mengisytiharkan pemindahan kedutaan AS sekali gus mengiktiraf kota suci Baitulmaqdis sebagai ibu negara baharu Israel meskipun dibantah keras komuniti dunia.

sumber – MediaAdil

%d bloggers like this: