AS akui kirim tentera ke Syria

Akhbar Amerika Syarikat (AS), Washington Post menuliskan bahawa Donald Trump baru-baru ini menyatakan bahawa beliau telah meluluskan penempatan pasukan AS yang tidak di Syria, walaupun lima bulan lalu dia mengumumkan akan menarik tentera dari Syria.

Wakil baru AS untuk Syria, James Jeffrey berkata, dasar baru Washington tidak akan keluar dari Syria hingga akhir tahun 2018.

ā€œIni bermakna AS tidak akan segera keluar Syria dan Donald Trump mengawasi strategi baru ini,ā€ kata Jeffrey.

Diplomat AS mengesahkan bahawa negaranya mempunyai 2,200 tentera di Syria.

Krisis Syria meletus sejak 2011 sehingga kini dicetuskan oleh kemasukan kumpulan pengganas yang disokong oleh Arab Saudi, AS dan sekutunya, termasuk Perancis serta Britain untuk mengubah keseimbangan kuasa demi kepentingan rejim Zionis Israel.

MA