Pengawal Revolusi Iran memberitahu Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini agar menghormati ‘garis merah’ Tehran atau berdepan tindakan balas dendam.

Iran menuduh Arab Saudi dan UAE membiayai lima lelaki bersenjata yang menyerang perbarisan tentera Iran pada Sabtu lalu dan mengorbankan 25 orang. Tuduhan itu disangkal Arab Saudi dan UAE.

“Jika kamu merentas garisan merah, kami juga akan menyeberang. Kamu tahu kemampuan Iran untuk bertindak,” kata agensi berita FARS memetik kenyataan wakil ketua pengawal, Brigadier Jeneral, Hossein Salami.

– Harian Metro