Arab Saudi Tolak Visa Haji Palestin

Pelarian Palestin yang berasal dari Gaza mendakwa kedutaan Arab Saudi di Amman menolak untuk mengeluarkan visa haji mereka, lapor portal berita Roaya, semalam.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Jordan telah meminta Arab Saudi untuk tidak mengeluarkan visa haji kepada pelarian terbabit.

“Pelarian Palestin dari Gaza yang tinggal di Jordan, pergi ke kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan visa haji dan terkejut bahawa permohonan mereka ditolak atas permintaan pihak berkuasa Jordan,” menurut laporan tersebut.

Sementara itu, agensi berita Safa melaporkan bahawa terdapat 158,000 pelarian Palestin dari Gaza yang telah tinggal di Jordan sejak tahun 1967.

Mereka memegang pasport sementara Jordan, namun  tidak mempunyai akses yang sama kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, atau hak pemilikan sebagai warga Jordan.

– Middle East Monitor