Anggota Majlis Politik Ansarullah Yaman menegaskan bahawa sistem pertahanan peluru berpandu Arab Saudi tidak berkesan dan peluru berpandu Ansarullah mempunyai kemampuan untuk menargetkan sasaranya di Arab Saudi.

Menurut laporan Mehrnews, Mohammed al-Bukhaiti, anggota Dewan Politik Ansarullah Yaman hari Selasa (17 April) mengatakan serangan-serangan peluru berpandu Ansarullah sebagai balasan kejahatan penceroboh Arab Saudi dan pasukan Yaman akan tetap meneruskan serangannya selama serangan ke Yaman tidak dihentikan. Sekiranya Saudi dapat menghentikan serangan peluru berpandu ini, maka dari awal mereka lakukan.

Ahli Dewan Politik Ansarullah Yaman menjelaskan bahawa pakatan Saudi menyerang infrastruktur, kilang, rumah dan pelabuhan Yaman sejak tiga tahun lalu.

Data kematian kanak-kanak Yaman akibat malnutrisi dan sekatan Yaman terus meningkat, tetapi Arab Saudi selalu berusaha memutar belitkan fakta.

Arab Saudi dengan sokongan Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan beberapa negara lain sejak Mac 2015 menyerang Yaman dan menyekat darat, laut dan udara negara.

Pencerobohan Arab Saudi dan sekutunya di Yaman kini telah membunuh dan mencederakan puluhan ribu nyawa dan memaksa berjuta-juta yang lain untuk melarikan diri.

sumber – MediaAdil