Amerika Syarikat mahu pendapatan minyak Iran jatuh sifar

Jabatan Negara AS mengatakan matlamat Washington adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin negara yang boleh meletakkan import minyak Iran kepada sifar.

Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menyatakan satu kempen “tekanan ekonomi dan diplomatik maksimum” untuk memacu Iran ke arah rundingan perjanjian “lebih baik” bagi menggantikan perjanjian nuklear Iran.

Pengarah Jabatan Perancangan Dasar Negara, Brian Hook memberitahu pemberita pada Isnin bahawa Iran bukanlah negara yang “normal” dan mesti memenuhi 12 tuntutan untuk dibebaskan daripada sekatan AS.

“Negara biasa tidak mengganasi negara-negara lain, melancarkan peluru berpandu dan memusnahkan rakyat mereka sendiri,” kata Hook.

“Strategi baru ini bukan tentang mengubah rejim, ia adalah mengenai mengubah tingkah laku kepimpinan di Iran supaya bersesuaian dengan apa yang rakyat benar-benar mahu mereka lakukan,” katanya.

Jabatan Negara berkata mengenai sekatan baru, yang digambarkan sebagai sekatan “pukulan balas”, yang akan bermula pada 4 Ogos, ianya menyasarkan sektor automotif Iran, perdagangan emas dan logam utama lainnya.

Satu set sekatan kedua akan kembali pada 6 November. Set ini akan mensasarkan sektor tenaga Iran, memberi tumpuan kepada urus niaga berkaitan petroleum, serta urus niaga dengan bank pusat Iran.

Langkah itu berlaku dua bulan selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan penarikan balik AS dari perjanjian nuklear Iran.

Tekanan antarabangsa

Pegawai AS menyeru negara-negara untuk menghentikan semua import minyak Iran apabila ia mengenakan semula sekatan terhadap Tehran.

Ia menyeru sekutu di Eropah, Asia dan Timur Tengah untuk mematuhi sekatan dengan tujuan menekan Iran supaya berunding dengan perjanjian baru.

Hook berkata beliau merancang untuk bertemu dengan sekutu Eropah Britain, Perancis dan Jerman pada akhir minggu untuk membincangkan isu Iran. Beliau juga berkata beliau dan pegawai Jabatan Perbendaharaan akan mengunjungi negara-negara Teluk “pada hari-hari akan datang.”

Hook memberitahu wartawan bahawa matlamat Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin negara sifar import minyak Iran.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan tekanan ke atas rejim Iran dengan mengurangkan jumlah pendapatan minyak mentah,” kata Hook.

“Kami sedang berusaha untuk mengurangkan gangguan kepada pasaran global tetapi kami yakin terdapat kapasiti minyak ganti global yang mencukupi.”

Hook berkata lebih daripada 50 firma antarabangsa telah mengumumkan niat mereka untuk meninggalkan pasaran Iran, terutamanya dalam sektor tenaga dan kewangan.

“Kami telah jelaskan kepada negara-negara dan syarikat-syarikat di seluruh dunia bahawa kami membawa tekanan ekonomi yang teruk ke atas Iran sehinggalah rejim itu mengubah dasar-dasar ketidakstabilannya,” kata Hook.

Raja Salman, Arab Saudi berjanji kepada Trump pada hujung minggu bahawa beliau akan menaikkan pengeluaran minyak jika diperlukan dan negara itu mempunyai kapasiti ganti 2 juta tong sehari untuk meningkatkan pengeluaran, kata White House.

Dalam satu tweet pada Sabtu, Trump berkata minyak tambahan Saudi akan membantu mengimbangi penurunan bekalan dari Iran.

Dia tidak menyatakan secara spesifik sama ada tambahan dua juta tong adalah angka per hari – tetapi permintaan harian di seluruh dunia hampir 100 juta bpd.

sumber – MediaAdil