AirAsia runding beli 100 Airbus A321neo

FARNBOROUGH, England: AirAsia Bhd (AirAsia) kini berunding mengenai kemungkinan membeli 100 pesawat Airbus A321neo, berikutan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Tan Sri Tony Fernandes dan Airbus semakin hampir dalam memuktamadkan tempahan pesawat badan lebar A330neo, demikian menurut sumber industri.

Tony juga dijangka menghadiri Pertunjukan Udara Farnborough pada minggu ini, yang mana kedua-dua pihak itu akan mengambil langkah menghampiri penghujung dan bersetuju kepada semua atau sebahagian pakej kompleks bagi tempahan pesawat badan lebar dan kecil.

Dua sumber berkata, AirAsia mampu menempah sehingga 100 pesawat A321neo yang dianggarkan bernilai AS$13 bilion pada senarai harga seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg News.

Selain itu, sumber ketiga pula menyatakan, ia juga membabitkan naik taraf dari model lebih kecil yang mungkin menjadi pencetus kepada tempahan yang lain.

Bagaimanapun, tiada satu dari sumber yang biasa dengan hal itu, bersetuju untuk dipetik mengenai perkara yang dianggap sulit itu.

Pelbagai pilihan menggariskan kerumitan portfolio AirAsia memandangkan syarikat penerbangan tambang murah dunia itu kini berkembang pesat.

Meskipun ada tarikan daripada tempahan 100 pesawat itu, kini semua mata akan memberi tumpuan kepada keputusan sama ada AirAsia akan mengesahkan pembelian A330neo.

AirAsia yang juga syarikat penerbangan tambang murah terbesar dunia itu juga menghantar isyarat bercampur dalam tempoh beberapa bulan sama ada ia akan mengesahkan rundingan awalnya mengenai 66 pesawat yang dinaiktaraf, A330neo yang mana tempahan itu dijangka digantikan dengan 787 Dreamliner.

Satu delegasi mengatakan, Airbus memerlukan usaha pemasaran bagi pesawat A330neo dan teruja membawa Tony ke Pertunjukan Udara Farnborough bagi mengesahkan dan mengembangkan tempahannya. menekan bagi diskaun setinggi 60 peratus bagi A321neo dan dua pertiga tempahan A330neo. Diskaun standard industri adalah hampir kepada 50 peratus.

sumber – HarianMetro