Seramai 77 penduduk Palestin cedera ditembak askar rejim Israel dalam satu tunjuk perasaan berhampiran sempadan Gaza-Israel pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Jurucakap tentera Israel berkata, penunjuk perasaan Palestin membaling tayar yang dibakar, bom tangan dan alat letupan ke arah askar mereka di seberang sempadan.

Tentera rejim kemudian membalas dengan tembakan.

Kementerian berkenaan turut memaklumkan, kira-kira 30 lagi penduduk Palestin mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 156 rakyat Palestin terbunuh sejak tunjuk perasaan bermula lebih daripada enam bulan lalu.

Manakala seorang askar Israel dibunuh penembak tepat Palestin.

– Astro Awani