Seramai 120 penduduk termasuk 11 kanak-kanak, seorang wanita, seorang jurnalis dan tujuh paramedik tercedera dalam serangan tentera Zionis ke atas perhimpunan Great Return March (GRM) hari Jumaat ke-38 di sempadan Gaza semalam.

Ribuan penduduk Palestin berhimpun di lima lokasi di sepanjang pagar sempadan Gaza.

GRM bermula pada 30 Mac lalu, untuk menuntut hak bagi pelarian Plaestin kembali ke tanah asal mereka dan membantah sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 13 tahun lalu.

Lebih 220 peserta GRM telah terbunuh dan lebih 23,000 yang lain tercedera. – Haluan Palestin